kata-kata hikmah :]
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya- Ibnu Abbas –
CINTA ibu membawa ke syurga
CINTA keluarga membawa bahagia
CINTA pada kerajinan membawa kejayaan
CINTA pada buku dicurahkan ilmu
CINTA pada sahabat mendapat berkat
CINTA pada ibadah mendatangkan rahmat Tuhan
CINTA pada Allah kebahagiaan yang hakiki
"Jauhilah olehmu akan mengungkit-ungkit pemberian karena yang demikian itu dapat menggagalkan kesyukuran dan menghilangkan pahala." (hari.Muslim
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
- Imam Ghazali –
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
- Umar Al-Khatab –
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
- Saidina Ali –
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
- Kang Razzi Armansur –
memberi jangan minta dibalas...InsyaAllah anda akan perolehi apa yang anda cari...
Tatkala merasa diri diuji...tatkala merasa kaki tidak lagi gagah untuk melangkah..tatkala merasa tangan tidak mampu lagi untuk menggapai...tatkala merasa lidah kelu untuk berkata-kata..tatkala merasa nafas seakan-akan tersekat.. merintihlah hanya padaNya...Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal... at-Taubah: 12
News
Hari Murobbi
16/05/2011 00:13Sannah Helwah ya sodiqotaini :]
16/05/2011 00:01kata-kata hikmah :]
15/05/2011 23:47Blog
This section is empty.